Tuesday 27 October 2015

Pengiraan Kelayakan Pinjaman Oleh Bank

Alhamdulillah.. rakan sepasukan saya baru sahaja selesai 1 appointment dgn sorg client yg bercadang membeli rumah teres 1 tingkat di Bandar Uda Utama. Sesi temujanji kali ini lebih kepada pengiraan kelayakan pinjaman client berdasarkan dokumen pelanggan dan juga sedikit penerangan berkenaan proses pembelian rumah sebelum viewing rumah dilakukan. Disini beliau ingin berkongsi bagaimana pengiraan kelayakan pinjaman dibuat.
Perkara utama yang akan diambil kira oleh pihak bank ialah semakan CTOS & CCRIS. Setelah melakukan semakan status CCRIS dan CTOS & tiada sebarang masalah, langkah berikutnya ialah pengiraan kadar Debt Service Ratio (DSR). Secara ringkasnya DSR ini adalah jumlah komitmen dibahagikan dengan jumlah pendapatan bersih bulanan anda. Pihak bank menggunakan kadar DSR ini untuk menentukan sama ada berapakah jumlah pinjaman yang anda layak (Margin of financing) atau tidak layak. Kadar DSR dikira menggunakan cara dibawah:

Bayaran bulanan rumah yang hendak dibeli + komitmen sedia ada dengan bank / Gaji bersih x 100%
Informasi kewangan pelanggan
Gaji bulanan :
Suami : RM4,080
Isteri : RM2,500
Senarai pinjaman sedia ada dgn bank :
Kereta : RM450
Credit card : RM200
Pinjaman peribadi : RM320
Maklumat pinjaman rumah yg ingin dibeli :
Value bank : RM380,000
Harga : RM360,000
Loan : RM342,000
Interest : 4.5%
Installment : RM1,618.00
Jadi, kadar DSR adalah:
RM450 + RM200 + RM320 + RM1,618 / RM6,580 x 100% = 39.33%
Kadar had DSR bagi setiap bank adalah berbeza namun ianya tidaklah jauh berbeza. Bagi yang berpendapatan kurang dari RM3000/bulan, kadar DSR maksimum adalah 60%. Manakala bagi yang berpendapatan lebih dari RM3000 sebulan, kadar DSR maksimum adalah 70%. Berdasarkan pengiraan DSR client tersebut dijangka akan tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman rumah. Namun begitu dalam kebanyakan kes beliau menasihatkan pelanggan-pelanggannya agar sediakan dokumen sokongan seperti Penyata akaun simpanan bank / Tabung Haji / ASB / Unit trust atau lain2 bukti pendapatan sampingan jika ada bagi menguatkan lagi keyakinan pihak bank untuk meluluskan pinjaman rumah.
Inshaallah jika tiada aral melintang beliau akan bawa client viewing rumah yg ingin prospek beli di Bandar Uda Utama, JB ahad ini. Kalau tiada apa2 masalah & setuju, prospek boleh terus booking & masuk loan dgn bank.
Jika ada yg diluar sana sedang mencari rumah sila hubungi/whatsapp saya 014-2676910 ðŸ˜ƒðŸ˜ƒ
Terima Kasih

" Mencari Rezeki Sambil Membantu - Semoga Pelanggan Berpuas Hati "

No comments:

Post a Comment