Saturday, 24 October 2015

Langkah-Langkah Asas Membeli Rumah


Setelah meneliti pengalaman lepas membeli rumah dan daripada pemerhatian peraturan membeli rumah berikut pendapat ku langkah-langkah asas yang patut seseorang perlu buat untuk beli rumah jika ingin membeli melalui Pinjaman Bank

1. Periksa kedudukan rekod kewangan lepas

- Rekod pinjaman lepas , bersih tak ? Ada rekod 'black list' tak ?

2. Jika yang pertama OK.Periksa kedudukan kewangan sekarang.Boleh bayar , dan ada lebihan yang berpatutan untuk perbelanjaan harian , bulanan dan sebagainya.

3. Bersedia menyediakan - Wang Deposit rumah , biasanya 10 %.Serta bayaran-bayaran lain seperti perkhidmatan Lawyer dan lain-lain.

4. Menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pinjaman perumahan.

5. Tanya pada pihak Bank dengan dokumen pinjaman yang ada - boleh tak pinjaman di buat dan berapa pinjaman maksima yang boleh dapat.

6. Jika bank bersedia beri pinjaman , senang cerita tak ada masalah , baru pergi tengok rumah yang hendak di beli.

Ini menjimatkan masa dan tenaga.Tak salah tengok dulu pun tak apa ! Yalah kalau dekat apa salahnya kan...

Ini sekadar pandangan saya, mungkin ada pendapat yang lebih baik.Terpulanglah..

Sebab ramai agen rumah dan mereka yang terlibat dalam hartanah berpendapat sama seperti yang saya catatkan ini.

Secara am ia melibatkan proses berikut :

Langkah 1 - Penilaian Kewangan Pembeli Oleh Pihak Bank

Langkah 2 - Penilaian Rumah Oleh Pembeli

Langkah 3 - Proses Pembelian dan Pinjaman Bank Melibatkan Bank /Lawyer/Pembeli/Penjual.

Langkah 4 - Peroses Pertukaran Hak Milik Hartanah

Ini sekadar pendapat ku....dari pemerhatian dan analisa ku.Itu saja.wassalam





No comments:

Post a Comment